IAZ Resources merupakan sebuah perniagaan yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak tahun 2017. Bertanggungjawab sebagai Agensi Pemasaran Digital untuk membantu Usahawan transform perniagaan menggunakan teknologi pemasaran digital khususnya Website, Grafik, Video dan Media Sosial. Zahidi merupakan Founder & Web Designer yang bertanggungjawab membawa IAZ Resources menjadi sebuah Start-Up Business untuk merealisasikan pendigitalan perniagaan usahawan ke arah dunia online yang lebih terbuka luas, tanpa sempadan.
Perjalanan Zahidi Membina IAZ Resources Hingga Sekarang
IAZ Resources menjalankan perniagaan berasaskan pemasaran digital seperti berikut;
Website membolehkan perniagaan visible 24/7 di alam maya. Tanpa website, perniagaan tidak dapat dicapai dengan baik oleh prospek dan pelanggan.
Melatih dan membimbing individu atau organisasi membina website sendiri secara hands-on dan praktikal secara online.
Grafik kreatif membuatkan paparan pemasaran perniagaan lebih menonjol untuk menarik perhatian pelanggan. Pelanggan mudah terpersona. Jika Anda buntu, IAZ Resources sediakan grafik kreatif perniagaan Anda.
Video telah menjadi trend ketika ini untuk promosikan perniagaan di dalam semua channel pemasaran. Mudah untuk viral dan sangat baik untuk tujuan promosi. Jika Anda buntu, IAZ Resources sediakan video promo perniagaan Anda.
Laporan perniagaan seperti Laporan Tahunan lebih mudah untuk diakses melalui PDF Interaktif yang mempunyai pelbagai fungsi dan mobile responsive.
Website korporat mempunyai beberapa menu menerangkan secara detail tentang perniagaan/ syarikat/ koperasi/ pertubuhan kepada umum. Website korporat umpama profil syarikat yang dipaparkan di internet untuk rujukan pihak yang berkepentingan.
Bio Link Page merupakan kaedah untuk usahawan memperkenalkan diri kepada pelawat dan followers di dalam semua platform media sosial. Walaupun terdapat banyak servis bio link page yang percuma, namun kami ingin menawarkan Premium Bio Link Page yang lebih gempak dan kreatif.
Website E-Commerce adalah website yang memiliki "cash register" tersendiri yang dinamakan WooCommerce. Boleh diintegrasikan dengan payment gateway bagi membolehkan pelanggan dapat membuat pembelian secara terus melalui website secara mudah, cepat dan selamat.
Website Single Page selalunya memberi fokus kepada satu produk atau satu servis yang memberi info yang terperinci. Bermula dengan headline, info produk, ciri-ciri produk, manafaat produk, testimoni dan diakhiri dengan call to action.
Kami memberi ilmu secara praktikal kepada usahawan yang memiliki masa untuk menjadi web designer sendiri tanpa perlu mengupah web designer luar membina website perniagaan. Khas untuk Usahawan yang mempunyai masa untuk belajar dan ingin berkarya secara kreatif sendiri.
Laporan perniagaan seperti Laporan Akhir Tahun atau Laporan Mesyuarat Agung Tahunan dan seumpamanya selalunya mempunyai mukasurat yang banyak. Melalui PDF Interaktif, ianya boleh diakses secara online dengan mudah dan cepat.
Kami gunakan sepenuhnya kepakaran, ilmu dan pengalaman untuk membantu usahawan di dalam pembangunan perniagaan online.
Dengan pengetahuan dan kepakaran yang kami miliki, IAZ Resources beriltizam untuk membantu Usahawan memperkemaskan perniagaan online dengan lebih optimum untuk memenuhi keperluan teknologi digital tanpa sempadan.
Sejak IAZ Resources didaftarkan (2017), berikut adalah beberapa hasil kerja yang sebagai rujukan.
Jom Bekerjasama Dengan IAZ Resources
IAZ Resources
🏠Intro | 🗃️Info Bisnes | 💻Servis | 🕵️♂️Kepakaran | 💼Hasil Kerja | 🎯Hubungi | ⬆️ Scroll To Top
Copyright © 2024 IAZ Resources